Monday, February 11, 2013

5 alasan dh tak update blog




5 alasan dh tak update blog?



1. gua sibuk gila dgn anak.anak gua ni asek nangis mintak susu.

alasan;
 anak? ko bia betul aula baru kawen dekat 9 bulan dh ada anak? hahah.
bunting pelamin ke engko? 
opkosss tidak. hahaha
aku dgn suami perancang keluarga,
tp lps 4 bulan kawen rancangan terbabas ke laut ntah kemana hahaha.
now baby dlm perut mama berusia 5 bulan 2 minggu lebih.
bz layan baby kicking jeaa.. lol~



2. suami gua kata dh tak payah main blog sgt.

alasan; 
hal kegembiraan rumahtangga bersama suami jgn d kongsi. 
nanti ada org luar yg tak setuju dan tak suka!! kata suami. hihi. 
baiklah suami. kita ikut, tp tgklah cmne..hahaha~ lol
kita buat blog bkn paksa org yg yg tak suka kita nk stalk kita.
kita buat unt suka2 je. heheh. :D



3. busy ikut suami travelling.

alasan;
ha ah. kita mmg P.A suami.
engineer mana reti nk uruskn masa.
eh bkn org lain k, suami kita je lain mcm haha.
yg dia tau hny buat kerja. kerja. kerja.kerja.
isteri yg boyot ini lah yg akan d usung kesana kemari oleh suami bg menjayakan setiap kerja2 suami d luar stesen.
*padahal stay hotel je busy tukar2 channel tv. hahaha



4. gua busy tido

alasan;
sejak preggy ni mmg ak kuat tdo.
pantang lepak sikit mesti rasa nk tido.
kadang tgh mkn pn tetiba rs nk tdo. trus rs nk tdo je kt meja makan hahaha
alhamdulillah, alahan takde sgt.
cuma aku alah dgn bantal jeaa.. hahaha



5. busy menikmati makanan

alasan;
sejak preggy, baby sgt kuat makan. 
*eh baby pulak yg di persalahkan.haha
mama baby klu bab mkn nafsu mmg tak boleh di tahan2.
tp bila dh rasa secubit dua terus, ok dh kenyang lah. hahaha
suami terus buat muka mcm naga sakti tak dpt geliga emas.
lalu dia lah yg terpaksa jd alam flora. hihi
isteri ckp: xpelah abg, bleh kita boyot sesama.. ololoo coo cweet.
suami: MUNTAH,. HAHAHAHA




hah kwn2, itulah antara sebab ak mmg dh susah-tak boleh-malas nk update blog skrg ni. kalau rasa alasan tu tak masuk akal boleh emailkn apa saja pendapat anda bg memperbaiki alasan2 seperti yg d atas berikut,hahah.


oklah, rs2 nk tdo plk lps mkn ni. baby ni kuat tdo tauu. 
***tgk,salahkn baby pulak.lol~
hahahah~




i love u hunny bunny khairul afnan.i love u baby mama.
i love both of u so much! (*^.^*)v

Tuesday, November 6, 2012

entri-tanpa-tajuk.




heLLo, assalamualaikum readers!

*esp to kak iman; hi hi hI k.iman! miss u kak iman !! :)*



Dh lama rasanya tak update blog. semenjak bapa bulan ni mmg agak busy sikit.. ikut suami travelling sana sini.. outstation sana sini.. *eh,suami yg travel kita pulak yg busy kan? ahahah* 
dah tu fB pun entah kemana, blog ntah kemana, 
kerja apatah lg? kelaut lepas ler jwpnya. huhu.. 


berckp pasal kerja ni, 
oh ye.. ak dh resign dh..
 suami memerlukan aku stay 24/7 di sisi dia. sbb dia slalu kena travelling, nk kna ada seorang pembantu untuk menguruskan pakaian, mkn minum.. (oh klu mkn minum mmg pihak kedai makan yg uruskan, maaf sbb saya menambah2 cerita,hehe :p) dan seorang TEMAN. ye, nampak tak tu? dh bubuh huruf besar lg tu. huhu. TEMAN itu adalah sgt diperlukan unt memastikan suami tidak bosan di sepanjang pemanduan sehingga sampai ke sesuatu destinasi. tugas ak adalah unt membebel dan mereka-reka sebuah cerita yg menarik bertujuan supaya suami tidak mengantuk @ bosan. selalunya cerita yg aku reka bercirikan genre fairy tales, folk tales, mythic stories, dan hapa-aku-merepek-ni, ahah! :D
kadang2 bila aku pn dh naik bosan sgt tak ada idea nk sembang aku ajak suami main teka-teki.

contoh teka teki; 
*amaran kpd pembaca, sila jgn stress dgn dialog di bwh ini, sekian.*


aku> b.. teka teki teka tekuk, ular apa mati dlm mangkuk ?
suami> em, apa ye? mee?? em mee goreng? apa ye???.........
aku> salahhhh.. jwpnnya LAKSA! ...........................
suami> HUH. (>.<)''   ....................................




yelah, lagi pun perkahwinan jarak jauh ni payah. kang dia kt tganu, aku kt kL, klu tiap minggu berulang jd apa plak kang? penat kt jalan je. tak kan suami aku plak nk ikut aku kan? maka dgn itu secara rasminya aku resign kerjaya sbg seorg adjunct lecturer kepada profession sbg suri rumah. hehe.. xpelah, alhamdulillah suami aku pn berkemampuan menanggung ak walaupun ak tak kerja.. stakat ni tak ada effect apa pun lg.. cuma mungkin ak dh tak boleh nk berjoli sakan mcm slalu, beli belah ikut nafsu syaiton. pantang pegi shopping complx nk itu ini situ dan sini!! makeup! bag! kasut! rak kasut?! arghh suma nk sapu licin. skrg dh terkawal. nak apa2 kena bodek dulu. bodek 2 hari sebelum. hahaha. abis kantoi klu suami ak baca ni :p



lagipun aku yakin di atas apa yg telah tersurat kpd ku ini tersirat berjuta hikmah yg Allah berikan. aku hilang 1, Allah bg 10. insyaAllah.. ak sedar tugas & matlamat aku sebagai seorang isteri. tempat isteri adalah disisi suami walauapa pun yg terjadi selagi tidak melanggari batas2 syariat yg di tetapkan oleh Allah.



Alhamdulillah..
aku sgt bahagia dlm melayari kehidupan rumah tangga bersama suami tercinta.
bkn bermakna bahagia tu lgsung tak ada persengketaan.
gaduh2 tu lumrah asam garam berumah tangga.
itu juga salah satu proses suai kenal antara kita dan suami.
nak tau apa yg dia suka
apa yg dia tak suka,
apa yg dia mau,
apa yg dia xmau.
kehidupan ms couple dgn dh kawen lain.
couple la 20 taun skalipun,
selagi blm tinggal sebumbung, sekatil, selagi tu kita xtau perangai comot-comil suami kita :)



lps gaduh xmo kwn ngn suami 10 minit,
kna pujuk, @ dia pujuk, lps tu kawan balik ngn suami.
 lpstu ajak p mall mintak itu ini, kn MANIS tu? hakhakhak~
yeah, itulah antara kemanisan berumah tangga.

setuju tak para isteri sekalian?


"isteri adalah penghibur tulen suami"


sekian. :)

Wednesday, August 29, 2012

kehidupan setelah bergelar seorg isteri.




Salam
.
.
.
.
.

setelah mengambil masa selama sebulan unt mengemaskini blog,
*dek krn kemalasan thp global, kehkeh*
hari ni baru terasa nk update blog yg dh lama kosong nih.
tgk tajuk entri cm skema je kan.
iya mmg benar,
setelah bergelar isteri ak rs dh x hot lg.
bhahahahahh
*hoi apa kau merepek ni (~.~'')*



rutin aku pagi2 lps solat subuh sama je sepanjang weekdays.
pagi lps solat turun bawah p dapo buat bfast unt suami,
mujur suami seorg yg sgt senang gila nk bela heheheh...
fav dia roti telur tp memandangkn nk jg kesihatan dia so xbleh la mkn telur slalu
even ak pakai telur gred A+ yg xde kolestrol pn
ak still x percaya telur tu xde kolestrol
bhahaha! =.="



lepas hantar dia dpn pintu
dan bagi "bye-bye & flying kiss" secara bertubi2 sebakul,
ak pn memulakan rutin harian.
tgk sekeliling rmh, oh ok xde apa yg nk d kemas.
then..
masuk bilik buka lappy buka tenet
zasSS ke FB, blogwalking, myresepi.com, bla3 ect.. kehkehkeh




FYI, sejak kawen blog masakan mmg blog fav ak
xde dah nk buka blog gugurl2 yg fashionista cm dlu2 g dh.
ah itu suma x penting lg.
sbb hari2 kena pk nk masak apa unt suami
lunch pukul 1p.m,
ujan ribut petir skalipun msti dia blk nk mkn tghari kt rmh! fuuu
maka si isteri haruslah bersedia dgn persiapan masakan terhebat
spy suami tidak pulang ke ofis dgn tangan kosong hehehe..
klu suami ckp "sedapppnye b masakk!" *sambil buat muka beriya2!*
maka mission si isteri pun success lah pd hari tersebut.
dan
wajah puas isteri memancar2 seperti disirami nur kasih. ekekeke^^,





alhamdulillah,
betullah org kata, kawen mmg best. menghalalkan yg haram. :)
keluar nk berkepit ngn suami 24jam pn xde sapa bising.
tp tp tp kdg2 masih nampak org pandang kami cm



"eh budak ni kemain lg dia bkepit ngn bopren x ingt duniawi"
Allahuakhbar!




tsskkk.....
(_._'')

.
.
.
.

assalam pacik, macik, abg, akak,
saya ni berkepit ngn suami bkn boprenn.. erkk..
padahal just pgg tgn je,
bkn peluk2 sakan cm azizah mahzan ngan zaefrul pon! agagaga (>.<")





*pic lps kawen*




sekian.


Penjenamaan semula blog.


assalamualaikum,
.
.
.
.

buat readers yg d kasihi sekalian,
di sini saya ingin memberitahu bhw blog ini telah melalui proses penjenamaan semula
di mana setelah bergelar isteri
dan
telah meninggalkan zmn anak dara yg begitu manis sekali~



maka semua entry2 lama telah di hapuskan,
bak kata pepatah melayu
"tutup buku lama, kita buka lembaran baru"
hehehe..






sekian yow. peace yow. ^^